Wednesday, March 27, 2013

Crocheted keychain / bag charm

Crocheted bag charm / hphone charm / keychain


 Tutorial hati, disini




Bunga yang tidak berapa subur ini, saya tanam dalam pasu.


Share pattern jumpa di google.






Happy crocheting,

Tuesday, March 19, 2013

Granny hat tutorial

Topi cucu saya, sesuai untuk baby boy/girl. Rose dalam gambar hanya hiasan sahaja.

Rose tutorial, right here

Abbreviations

ch - chain
dc - double crochet
st (sts) - stitch(es)
sl st - slip stitch
*inc - increase (2 dc dalam stitch sama)
chain pertama setiap round dikira sebagai 1 stitch

Ukuran lilit topi, 34 cm..panjang topi dari atas ke bawah, 13 cm..untuk 3 bulan ke atas.

Benang, saya pilih gedifra dan melody, sizenya lebih kurang sama dengan sakura. Hook, tulip size 5/0.

R 1 :

Kait 3 ch, kemudian 13 dc di ch pertama, join. Jumlah keseluruhan sts ada dalam pic.

R 2 :

2 ch, 2 dc dalam st yang sama (* inc)..repeat.

R 3 :

Kait 2 ch, 2 dc di stitch yang sama *inc, (1 dc di st kedua, 2 dc di st ketiga) *repeat

R 4 :

2 ch, 1 dc di st yang sama, 1 ch, skip 1 st kemudian 2 dc di st ketiga..repeat..join dengan sl st, kemudian 1 sl st ke dalam space round 4..


R 5 : Ulang mengait seperti R 4..

R 6 : (rujukan cara join) Kait 2 ch dalam space kemudian 2 dc di space yang sama, 1 ch, 3 dc di space kedua..teruskan..join dengan sl st kemudian sl st di st ketiga dan sl st dalam space..

Round seterusnya, ulangi mengait seperti R 6 sehingga mendapat ukuran panjang topi yang diperlukan..

Akhir sekali, kait sc di setiap stitch..dalam tutorial ini, ada 6 round sc..

*TIPS Cara join sc/dc supaya kaitan nampak kemas. *Join sl st di atas st dan bukan di atas ch pertama, round seterusnya, kait ch dan sc/dc di stitch yang sama dengan sl st join..teruskan mengait seperti biasa.


Tq :)
Happy crocheting,

Monday, March 18, 2013

Projek flower loom bulat yang pertama

WIP




Terima kasih kawan-kawan yang mengesyorkan jenama mesin jahit ini. Puas hati sangat2.

Feeling exited..Sampai rumah je terus jahit sesuatu untuk dapur, omg! sukaaa...



Happy crocheting,

Friday, March 15, 2013

Flower loom projects

Bunga loom dari acuan bentuk bulat.

Tutorial, right here. Updated.






 Projek jangka panjang..


Terima kasih Zah, tolong akak carikan loom bulat ni..




Happy crocheting,

Monday, March 11, 2013

Koleksi

Tinggal sebulan lebih sahaja, anak saya akan mula bekerja semula ( habis cuti bersalin ). Kalau jadi, maybe saya akan menjaga cucu..tak sanggup orang lain jaga. Takut macam yang selalu keluar di tv, kena dera. Waktu itu, crocheting masih berjalan tapi mungkin slow sikit. Tempahan pun terhad kepada items yang cepat siap sahaja, atau tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

Hari tu pergi Jelip, apa yang saya jumpa? Butang..Square pula, kawan bagi, thanks.. Yati and Pam.

*Tengah kumpul duit untuk membeli mesin jahit elektrik, mesin jahit tepi dah ada...Hehe..rasanya, kan..hanya saya saja yang masih menggunakan mesin jahit lama..ketinggalan! Mesin jahit tu saya beli tahun 1993, boleh dikategorikan sebagai barang antik sudah. Masih nampak baru dan tidak pernah rosak. Jahitan pun masih elok, walau selalu digunakan. Dan yang paling penting, jimat karan :). Bagaimanapun, rugilah kalau tidak mencuba semua kecanggihan dunia cyber yang telah tercipta, dulu-dulu manada semua ni..:)

Nak minta tolong kawan-kawan ni..boleh recommend tak, jenama mesin jahit elektrik yang sesuai..maksud saya, tahan lama dan kurang meragam atau rosak terutama pada jahitan..harga ndak kisah, yang penting puas hati.







Happy crocheting,

Saturday, March 9, 2013

Crochet bekas serbaguna

Bekas serbaguna dari bahan recycle.


Sebagai pasu bunga.


Patternnya, saya belajar dari seorang kawan.

 

 Sebagai dressing table bowl.




Happy crocheting,

Saturday, March 2, 2013

Brooches dan bracelet

Crochet bracelet dengan hiasan bunga riben dan brooches baju / topi / bag untuk little girl. Brooches dan bracelet ini saya nak berikan pada little niece saya yang suka bergaya tu!. Oppss..ndak ba, main-main saja..:) Harap diorang suka..

Tutorial bunga riben,  disini








Happy crocheting,
© Crochet Art and Craft 2011-2016