Monday, April 29, 2013

Teratai hexagon

Tutorial malas menaip ni.. Cara sambung, rujuk cara-cara join hexagon/square


R1. 3 ch, *3dc dalam 1, (x6)









 
Projek langsir untuk sendiri sudah siap, simple saja design kampung-kampung yang penting cepat siap.
Projek seterusnya, bed set..queen 2 pasang dan single 2 pasang juga untuk sendiri.
Benang minlon rug yarn, 25g ..RM3.60 sesuai buat bag atau bakul.



Happy crocheting,

Sunday, April 14, 2013

How to crochet a rose 3

Hi there ^^..Harap anda suka dengan tutorial ini.

Saiz kecil


Rnd 1 :

Kait sejumlah rantai, tutorial ini ada 30 ch..bunganya kecil saja, kalau nak bunganya besar, boleh tambah jumlah ch dan tambah jumlah dc juga. TURN..

kait dc di ch no 5, skip 1 ch kemudian dc di ch seterusnya, 2 ch dan dc di ch yang sama dengan dc tadi. Skip 1 ch dan dc di ch seterusnya..teruskan...TURN


Rnd 2 :

Kait 4 dc di space pertama, sc diantara dc ( rnd 1 ), next space 4 dc, sc diantara dc..teruskan sehingga mendapat 5 petal ( 4 dc ), kemudian space seterusnya kait 5 dc di setiap space. Teruskan...


Setelah siap, potong hujung benang tapi tinggalkan beberapa inci untuk menjahit. Gulung mula dari petal 4 dc..


Jahit belakang menggunakan hujung benang tadi. 


Letak daun.. DONE!

Saiz besar



Bunga saya yang lain..




Happy crocheting,

Friday, April 12, 2013

Tablecloth dari bunga acuan bulat.

Projek flower loom yang pertama bermotif bunga-bunga liar.
Tutorial disini


Bobble stitch edging.

Cara kait bobble stitch (untuk rujukan sendiri)

Step by step ^^

Giliran menjahit, mengambil tempat ^^

Cutting mat dan rotary cutter da ada, nak cari pembaris quilting lagi.



Happy crocheting,

Monday, April 8, 2013

Simple sewing machine cover

Selamat petang semua.. Kali ini nak bercakap pasal menjahit pula. Cover mesin jahit ini, satu untuk mesin jahit yang baru dibeli, dan satu lagi untuk mini mesin jahit tepi kesayangan ku ^^.  Kalau suka, tutorial saya jumpa di sini craftbymood.


Anak saya bilang, macam hadiah,
mungkin kerana saya guna tali riben untuk mengikat,
so nampak macam hadiah. Tetamu saya pun cakap macam tu...huahua..


Mesin jahit Brother dan mini mesin jahit tepi. 
Istimewa mini mesin jahit tepi ini ialah saiznya yang kecil,ringan dan senang dibawa.
Kurang baik..motor cepat panas, kena tunggu sehingga sejuk dahulu,
 baru boleh teruskan menjahit!


Tidak bekerja..


Ketika bekerja. Agak sempit dan dekat dengan meja makan ^^!




Happy stitching,
© Crochet Art and Craft 2011-2016