Monday, April 29, 2013

Teratai hexagon

Tutorial malas menaip ni.. Cara sambung, rujuk cara-cara join hexagon/square
R1. 3 ch, *3dc tog...(x6)




 
Projek langsir untuk sendiri sudah siap, simple saja yang penting cepat siap.
Projek seterusnya, bed set..queen, 2 pasang dan single juga 2 pasang untuk sendiri.
Benang minlon rug yarn, 25g ..RM3.60 sesuai buat bag atau bakul.

Happy crocheting
xoxo dinah

Sunday, April 14, 2013

How to crochet a rose 3

Hi there, DIY free pattern.

Saiz kecil
Rnd 1 :

Kait sejumlah chain, tutorial ini ada 30 ch..bunga kecil saja, kalau nak bunga besar, boleh tambah jumlah chain. TURN..

kait dc di ch no 5, skip 1 ch kemudian dc di ch seterusnya, 2 ch dan dc di ch yang sama dengan dc tadi. Skip 1 ch dan dc di ch seterusnya..teruskan...TURN
Rnd 2 :

Kait 4 dc di space pertama, sc diantara dc ( rnd 1 ), next space 4 dc, sc diantara dc..teruskan sehingga mendapat 5 petal ( 4 dc ), kemudian space seterusnya kait 5 dc di setiap space. Teruskan...
Setelah siap, potong hujung benang tapi tinggalkan beberapa inci untuk menjahit. Gulung mula dari petal 4 dc..
Jahit belakang menggunakan hujung benang tadi.
Bubuh daun.. DONE!

Saiz besar
Free patternπŸ‘‰πŸŒΉπŸ‚
πŸ‘‰ Tutorial
πŸ‘‰ Tutorial
πŸ‘‰ Tutorial
πŸ‘‰ Tutorial
πŸ‘‰ Tutorial
πŸ‘‰ Tutorial
 
πŸ‘‰ Tutorial
πŸ‘‰ Tutorial


Happy crocheting
xoxo dinah

Friday, April 12, 2013

Tablecloth dari bunga acuan bulat.

Projek flower loom pertama done, motif bunga-bunga liar. Free patternπŸ‘‰ disini

Bobble stitch border.
Paten bobble stitch sebagai edging
Step by step 
Giliran menjahit mengambil tempat 😍
Cutting mat dan rotary cutter sudah ada, mau cari pembaris quilting lagi.


Happy crocheting
Tinunturu d'Dinah

Monday, April 8, 2013

Simple sewing machine cover

Selamat petang semua. Niari nak cakap pasal menjahit. 2 pcs cover mesin jahit yang baru siap dijahit, satu untuk mesin jahit Brother, dan satu lagi untuk mini mesin jahit tepi antik kesayangan ku πŸ’–. Seperti biasa πŸ‘‰ craftbymood.
Anak saya cakap, macam hadiah,
mungkin kerana saya guna tali riben untuk mengikat,
so nampak macam hadiah. Tetamu saya pun cakap macam tu...huahua..
Mesin jahit Brother dan mini mesin jahit tepi. 
Istimewa mini mesin jahit tepi ini ialah saiz yang kecil,ringan dan senang dibawa.
Kurang baik..motor cepat panas, kena tunggu sehingga sejuk dahulu,
 baru boleh teruskan menjahit!
Ruang menjahit ketika malas datang melanda..Rapi jak..
Agak sempit dan dekat dengan meja makan ^^!


Happy sewing,
Tinunturu d'Dinah