Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Wednesday, November 8, 2023

Free pattern~Melon pincushion

Lama sudah tidak share pattern, seperti yang saya janji haritu, saya akan share tutorial kait tempat tusuk jarum peniti atau boleh juga diguna sebagai keychain. Antara kesemua buah ni, saya pilih watermelon ya. Sebenarnya cara kait sama saja, susunan warna ja yang berbeza.


MELON PINCUSHION -

1.  Red yarn: 6 sc
2.  (inc)6..12 sts
3.  (sc, inc)6..18 sts
4.  (2 sc, inc)6..24 sts
5.  (3 sc, inc)6..30 sts
6.  (4 sc, inc)6..36 sts
7.  White yarn: (5 sc, inc)6..42 sts
8-12: Green yarn: 42 sc..(5 rows)
13:  (5 sc, dec)6..36 sts
14.  (4 sc, dec)6..30 sts
15.  (3 sc, dec)6..24 sts
16.  (2 sc, dec)6..18 sts 
17.  (9 dec)..9sts (sew)

*Option: Row 8..with green yarn, sc around*


*Kalau ada kesilapan pattern atau tidak difahami, sila komen dibawah atau dm IG: dinahcrochet

Kalau suka tutorial ini, tulis Cedit to: dinahcrochet ya..tq

Happy crocheting,
xoxo dinah
*handmade with love

Friday, July 22, 2016

Cara mudah baiki kesilapan pada knit stitch

Himalaya everyday bebe rengarenk, lembut, licin dan gebu, beli dekat kedai da'knit  
   Knitting baby blanket
Ada carikan benang disitu atau benang terlepas dari stitch
Lepaskan benang dari hook, pastikan benang yang hendak dilepaskan sebaris dengan benang yang hendak dibetulkan..seperti dalam gambar diatas.
Guna jarum crochet dan kait seperti kait chain.
Akhir sekali masukkan semula benang ke dalam jarum kiri.
 Knit seperti biasa
 
Happy hooking,
Dinah

Tuesday, October 14, 2014

Cara jahit lining beg crochet

Kali ke-3 saya buat tutorial jahit lining bag..

Ambil ukuran panjang x lebar bag, tambah 1/2 inci di setiap tepi untuk ruang menjahit, potong di atas kain kosong.
Jahit.
Siap dijahit.
Masukkan kain lining yang sudah siap dijahit kedalam bag. Lining hendaklah dalam posisi terbalik dan jahit dengan cara 'jahit tapuk' lebih kurang 1cm..lihat gambar bawah.
Dan inilah hasilnya..
👉 Tutorial pertama dan kedua
 Cara 1.
Cara 2.


Happy crocheting
xoxo dinah

Wednesday, January 15, 2014

Cara jahit zip dan lining pada bag crochet.

Ambil ukuran bag dari semua sudut (untuk design bag di bawah). Kalau bag biasa, biasanya panjang x lebar.
Sediakan kain lining (pilihan sendiri).
Lining yang sudah siap dijahit. Contoh di bawah dijahit dengan mesin jahit.
Pic 1
Pic 2.. 

Terbalikkan lining seperti di pic 1 dan masukkan ke dalam bag. Semat jarum peniti di setiap sudut.
Jahit cara ' jahit tapuk '.
Lebih kurang 0.5 cm (terpulang)
Done..


Seterusnya, cara jahit zip dengan lining sekali.

Jahit zip terlebih dahulu pada bahagian bukaan bag. Jahit dengan jahitan tangan ya..menggunakan mesin jahit akan merosakkan crochet anda..
Ambil ukuran panjang x lebar bag. Lihat basic di atas sekali ' bag pertama '.
 
Lining yang sudah siap di jahit.
Terbalikkan lining seperti pic 2, bag pertama. Terbalikkan juga bag crochet dan masukkan bag crochet ke dalam lining tadi, tujuannya untuk memudahkan menjahit nanti..
Jahit cara ' jahit tapuk ' di atas jahitan tangan pada zip supaya jahitan zip tidak kelihatan dan tertutup.
Terbalikkan bag dan tadaa..
 

Happy crocheting
Tinunturu d'Dinah

Wednesday, June 19, 2013

Cara mendapatkan ukuran topi

Contoh:

(Pic) magic circle 13 cm, setelah siap ukuran lilit 40-41 cm. biasanya ukuran ini untuk baby 2-4 bulan, panjang dari atas ke bawah (telinga) 13-13.5 cm.

Magic circle (mc)
Siap mc, teruskan mengait tanpa perlu menambah atau mengurangkan stitch.

Carta dibawah sebagai rujukan sahaja kerana dari pengalaman saya, size kepala atau tapak kaki baby berbeza biarpun umur sama.
(Photo credit : Google)
Cara mengukur lilit kepala dan tapak kaki baby dengan betul.

Happy crocheting

Sunday, May 26, 2013

Fabric flower & fabric covered button

Jom bermain dengan fabrik..
Cara buat bunga fabrik..guna reben pun boleh, lagi cantik!
Ukuran fabrik, 3 x 3 inci, 5 helai
Cara buat butang bungkus/balut




Happy stitching
xoxo dinah

Saturday, May 18, 2013

Cara buat pom-pom

Pom-pom budget :) tidak perlu guna acuan khas.
Step 1 : Pom-pom kecil, lilitkan benang pada sudu garpu,  lihat pic dibawah.

Step 2 : Ikat seketat-ketatnya.

Step 3 : Tanggalkan benang dari garpu kemudian gunting benang yang masih bersambung (seperti dalam pic step 4).
Step 5 :  Bentukkan menjadi bulat

Pom-pom besar, follow step by step di atas. cuma kali ini gunakan 2 batang jari sendiri. Cara mengikat, masukkan benang dicelah-celah jari dan ikat seketat-ketatnya. Sekiranya mengalami kesulitan ketika proses mengikat, minta pertolongan cik gigi hehe..
Hasilnya, tadaa...handphone/bag charm.

Happy crocheting
xoxo dinah

Friday, February 15, 2013

Tutorial cara join hexagon / square

Terdapat 4 pilihan cara join yang akan ditunjukkan di sini.

Cara 1 :  
Siapkan hexagon pertama dan ketepikan, kemudian kait hexagon kedua.
Pada round terakhir hexagon 2, mulakan mencantum, mula dari sudut yang bertentangan antara 1 sama lain bersama hexagon 1 yang telah disiapkan. 
 Cara join hexagon 1 dan 2


 

 
Cara 2:   

Step 1 :

Hexagon, kait 3 ch kemudian sc next space, pada setiap sudu  masukkan (1 sc, 2 ch, 1 sc) dalam space yang sama.
Step 2 : 



Cara 3 :  
2 lapis square, kait single crochet disetiap stitch bertentangan.



Cara 4 :   
Jahit seperti dalam pic dibawah. Gunakan jarum tumpul untuk menjahit. ( favourite saya)


Cara 5:
Cara sambung 4 sudut square..



Happy crocheting
xoxo dinah