Wednesday, January 15, 2014

Cara jahit zip dan lining pada bag crochet.

Ambil ukuran bag dari semua sudut (untuk design bag di bawah). Kalau bag biasa, biasanya panjang x lebar.
Sediakan kain lining (pilihan sendiri).
Lining yang sudah siap dijahit. Contoh di bawah dijahit dengan mesin jahit.
Pic 1
Pic 2.. 

Terbalikkan lining seperti di pic 1 dan masukkan ke dalam bag. Semat jarum peniti di setiap sudut.
Jahit cara ' jahit tapuk '.
Lebih kurang 0.5 cm (terpulang)
Done..


Seterusnya, cara jahit zip dengan lining sekali.

Jahit zip terlebih dahulu pada bahagian bukaan bag. Jahit dengan jahitan tangan ya..menggunakan mesin jahit akan merosakkan crochet anda..
Ambil ukuran panjang x lebar bag. Lihat basic di atas sekali ' bag pertama '.
 
Lining yang sudah siap di jahit.
Terbalikkan lining seperti pic 2, bag pertama. Terbalikkan juga bag crochet dan masukkan bag crochet ke dalam lining tadi, tujuannya untuk memudahkan menjahit nanti..
Jahit cara ' jahit tapuk ' di atas jahitan tangan pada zip supaya jahitan zip tidak kelihatan dan tertutup.
Terbalikkan bag dan tadaa..
 

Happy crocheting
Tinunturu d'Dinah

8 comments:

Anonymous said...

Nak tanya lining beg ni pakai kain apa? Kain tu blh pakai lining dress jugak kan...

Anonymous said...

Nak tanya lining beg ni pakai kain apa? Kain tu blh pakai lining dress jugak kan...

Anonymous said...

Lining pakai kain apa ye?boleh pakai utk lining dress jugak kan..

Dinah said...

liza..akak tak berapa arif tentang jenis2 kain..akak pakai kain biasa2 ja..rasanya boleh guna untuk lining dress kerana jenis kain pun agak lembut juga..

Anonymous said...

Akak tau nama kain tu? Hehehe sori ye..saya dok mencari nama kain tu..nak tanya org kat kedai..

Dinah said...

liza..akak tak tau pula nama kain ni..tapi lebih kurang sama jenis dengan baju putih budak sekolah..kat sabah rm4 lebih semeter..

ada 1 jenis kain yg lebih lembut dari ni..biasanya kena panggil kain lining..akak rasa itu yang paling sesuai utk lining dress..

Zurainny Ismail said...

Saya pernah jg buat beg kait, ikut sesedap rasa ja. Tapi bab zip-menzip ni yg karau! :D

Dalilayusf said...

bagusnyer tip ni...berangan nak kait beg..tak buat2 gak...he2