Saturday, May 28, 2011

Thursday, May 26, 2011

Doily with reel pattern

Pattern diagram ada di album fb saya, tq


Happy Crocheting,
Tinunturu d'Dinah

Lazy Daisy ~ Tutorial

Tutorial untuk beginners.
Round 1 : Kait 2 ch diikuti 9 sc di ch pertama.
Round 2 : New color : kait 10 ch, sc in the next st..teruskan sampai siap.
  
   Atau seperti ini!
Cara kait daun, refer 👉  SINI

Happy Crocheting
xoxo dinah

Monday, May 23, 2011

Crochet Prairie Star Afghan~tutorial

Credit to: Youtube

Perlu diingat, sebelum memulakan projek ini, perhatikan betul-betul visual disini, (ada beberapa part) terutama tentang cara-cara join dan gambarajah susunan warna

Saya dah try buat dan inilah hasilnya. Warna, saya tukar mengikut citarasa, tapi masih corak yang sama dengan yang asal.




 TUTORIAL 1 
(Credit : Google)

Abbreviations

dc - double crochet
sc - single crochet
tr - triple crochet
st - stitch
mr - magic ring


Rnd 1:
(Pic atas) 4 ch magic ring, 1 ch, kemudian ( sc, hdc, dc, tr, ch 3, tr, dc, hdc ) x2 dalam ring yang sama.  
Rnd 2 :
(Pic atas)  4 ch, dc di st yang sama, 3 dc. dalam space ( 3 dc, 4 ch, 3 dc ), 3 dc, (dc, 2 ch, dc dalam 1 st)..repeat

Rnd 3 :
Pic atas: 2 ch, dalam space (dc, 3 ch, dc), kemudian 2 dc, 1 ch, skip 1 st, 3 dc, 1 ch, skip 1 st, dalam space (3 dc, 5 ch, 3 dc), 1 ch, skip 1 st, 3 dc, 1 ch, skip 1 st, 2 dc..repeat.

TUTORIAL 2 :

Anda mungkin memerlukan pattern ini pada penghujung projek anda.

Rnd 1 :
4 ch magic ring, 1ch, sc, hdc, dc, tr, 3 ch, tr, dc, hdc, sc...turn

Rnd 2 :
3 ch, 1 dc di st yang sama, 3 dc, dalam space ( 3 dc, 4 ch, 3 dc ), 3 dc, 2 dc di st akhir..turn

Rnd 3 :
3 ch, 1 dc di st yang sama, 2 dc, 1 ch, skip 1 st, 3 dc, 1 ch, skip 1 st, dalam space ( 3 dc, 5 ch, 3 dc ), 1 ch, skip 1 st, 3 dc, 1 ch, skip 1 st, 2 dc dan 2 dc di st akhir.

  Tq :)


Happy Crocheting
xoxo dinah

Thursday, May 19, 2011

How To Crochet a Rose (1)

 Tutorial bunga ros yang ke 2.
R 1. 40ch, 4dc dlm 1 st, skip 1 st, 5dc dlm 1 st...repeat..turn
Lihat gambar 
R 2.  Pic bawah.. (2 ch, 3 dc, 2 ch, 2 slip stitch) ...repeat, FO
 Tinggalkan 5 inci panjang benang untuk menjahit. Gulung dan bentukkan menjadi bunga ros.
Sisi belakang, dijahit menggunakan lebihan benang tadi.

 Baru belajar buat tutorial, maaf kalau susah difahami hehe. Selamat mencuba..


 Happy crocheting,
Tinunturu d'Dinah

Doily with cosmos design

Dah lama siap tapi baru hari ini upload photonya.  Pattern boleh download di Fb saya.



Handmade by Dinah/Tinunturu d'Dinah

Tuesday, May 17, 2011

Doily with mini-carnation design

Daun tak ikut pattern asal, susah! so saya ubah sedikit, yang penting hijau. Cantik juga hehe..puji sendiri..


 
Siap!
 
Ukuran ~ 37cm lebar.
 


Happy Crocheting
Tinunturu d'Dinah

Kitchen stuff collection

Share pattern. Hot pot holder, dish cloths and coasters.







Happy crocheting,
Tinunturu d'Dinah

Monday, May 16, 2011

Tissue cover

Photo kenangan. Tissue cover dan hand bag.



Happy Crocheting
Tinunturu d'Dinah

Cover handphone

Pertama sekali, ambil ukuran handphone, panjang, lebar dan tebal.
  Kait sejumlah chain bermula dari ukuran panjang atau lebar handphone mengikut ukuran handphone yang anda dapat tadi, turn..

kait sc di ch kedua, teruskan..turn..
Rn 2 :
Teruskan mengait sehingga siap atau mendapat ukuran yang anda mahu.
  Sudah siap belakang, depan dan tepi.
 Ukuran mesti tepat, supaya tidak timbul sebarang kesulitan ketika mencantum. Manalah tau, kan.. ada yang terlebih panjang ke, atau terkurang pendek, ke..
  Cara mencantum, cantumkan tepi dan depan (4 segi) dahulu dengan menggunakan sc.
Pic bawah
 Setelah bahagian depan dan tepi siap dicantum (pic bawah), cantumkan pula bahagian belakang dengan kaedah yang sama.
Siap dicantum. Tidak berapa kemas tapi tak apa..hehe!
Kait sc kat tepi bukaan..
   Siap
    

Selamat mencuba,
Tinunturu d'Dinah

Saturday, May 14, 2011

Mini doily dengan pincushion.

Doily dikait berpandukan pattern diagram dari buku koleksi saya.


Koleksi benang 'Femina' dan 'Minlon poly'

Happy Crocheting
xoxo dinah