Contoh: Tapak kotak tisu sebelum dikait ruffle.
Then dinding kotak pula..
Kait 5 ch untuk setiap 1 petak.Ulang sehingga dapat ukuran yang anda mahu atau mengikut ukuran tinggi kotak tisu anda.
Gambar bawah, contoh sahaja.
TIPS KAIT DINDING KOTAK : Untuk mengelak kaitan dinding kotak semakin mengembang keatas, pada round pertama ( rantai dinding / spider ) masukkan benang dimana-mana st tapak ( seperti dalam gambar paling atas ), dan kait 5 ch, sc, 5 ch, sc, selang-seli, kemudian pada 5 ch terakhir, jangan kait 5 ch ya, tapi kait 2 ch diikuti 1 dc, di atas sc dimana anda memasukkan benang mula-mula tadi. Tandakan supaya tidak terkeliru, dan buat seperti itu di setiap penghujung round chain dinding.
Setelah siap keseluruhan..
~ Gambar bawah hanya contoh sahaja ~
Cara-cara kait ruffle atau hiasan pada tapak dan bukaan kotak.
Ambil benang warna lain dan kait 7 ch
pada rantai atau petak pertama dekat tapak kotak tisu.
Kait double crochet, tarik memanjang atau sama panjang dengan rantai tadi.
~ Gambar bawah hanya contoh sahaja ~
Cara-cara kait ruffle atau hiasan pada tapak dan bukaan kotak.
Ambil benang warna lain dan kait 7 ch
pada rantai atau petak pertama dekat tapak kotak tisu.
Teruskan mengait double crochet di setiap petak. 1 petak = 4 ( terpulang ) double crochet memanjang.
Pandangan bawah / tapak kotak tisu yang telah siap.

Ada banyak lagi disini
Happy Crocheting!



3 comments:
salam, nak tayer skit boleh. berapa oetak tuk tapak dan berapa tinggi nak wat tuk dinding kotak tisu ni....
hi sara..ukuran tapak tu ikut ukuran tapak kotak tisu anda..begitu juga dengan tingginya..tapak dia lg cantik kalau kait rantai dahulu (ikut ukuran)kemudian double crochet sampai dapat ukuran yg dikehandaki..petak tu untuk dinding..:)
salam kak dinah..saya kagum betul dengan hasil kerja akak..kemas cantik..pilihan warna yang tak pernah mengecewakan...superb!
saya teringn nk buat tisu cover style cm ni..cari paten tak jumpa2..tq ye sudi kongsi :)
nanti nk try buat :)
Post a Comment