Hari ini adalah ulang tahun pertama blog saya. Pada hari ini, tahun lalu, saya menulis buat pertama kali dalam blog ini dengan harapan akan ada orang yang sudi membaca, memberi komen serta mahu berkongsi pengetahuan (terutama tentang crochet dan jahitan) dengan saya. OMG! 1 tahun telah berlalu dan dalam tempoh itu saya telah berpeluang berkenalan dengan beberapa crocheter dari dalam dan luar negara yang sangat hebat dan bertaraf dunia. Saya sangat gembira dapat berkomunikasi dan membaca komen anda melalui blog saya.
Saya juga ingin mengambil kesempatan
mengucapkan
TERIMA KASIH
kepada anda yang membaca, memberi komen dan paling istimewa kepada customer, famili, kawan-kawan yang sentiasa memberi support dan semua yang menghargai hasil kerja tangan saya, tanpa anda semua, siapalah saya. Anda telah membuat saya bangga menjadi seorang crocheter.
206 followers
73 072 pageviews
16 707 visitors
131 flags collected
Biar pun berlainan bangsa, agama, budaya dan bahasa, atas nama 'crafter' kita telah ditakdirkan bertemu di sini. Hugs and kisses from Malaysia.
Thank you very much
xoxo dinah