Monday, March 11, 2013

Koleksi

Tinggal sebulan lebih sahaja, anak saya akan mula bekerja semula ( habis cuti bersalin ). Kalau jadi, maybe saya akan menjaga cucu..tak sanggup orang lain jaga. Takut macam yang selalu keluar di tv, kena dera. Waktu itu, crocheting masih berjalan tapi mungkin slow sikit. Tempahan pun terhad kepada items yang cepat siap sahaja, atau tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

 Butang dalam pic diatas saya beli di Jelip haritu.

*Tengah kumpul duit untuk membeli mesin jahit elektrik, mesin jahit tepi dah ada...Hehe..rasanya, kan..hanya saya saja yang masih menggunakan mesin jahit lama..ketinggalan! Mesin jahit tu saya beli tahun 1993, boleh dikategorikan sebagai barang antik walaupun nampak baru dan paling best tidak pernah rosak. Jahitan sentiasa elok, walau selalu diguna dan yang paling penting, jimat karan :). Bagaimanapun, rugilah kalau tidak mencuba semua kecanggihan dunia cyber yang telah tercipta, dulu-dulu manada semua ni..:)

Nak minta tolong kawan-kawan ni..boleh recommend tak, jenama mesin jahit elektrik yang sesuai..maksud saya, tahan lama dan kurang meragam atau rosak terutama pada jahitan..harga ndak kisah, yang penting puas hati.







Happy crocheting
xoxo dinah

6 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Hi K.Dinah...cantiknya hasil tgn kat sini..tambah2 yg gambar kat header tu...cantiknya bantak dr benang kait kaler biru!!!

Dinah said...

hehe..azatiesayang, peminat kaler biru ni..

Preeti said...

Those squares are beautiful and so is your collection:)

Dinah said...

thank you preeti..:)

ANGAH CRAFT said...

hi kak dinah...kak dinah memang kreatif la...sy ada tnya kwn2..dorang ckp mesin jahit yg bgus dr brother...;)

Dinah said...

angah craft...makasih ya..tolong akak selesai masalah..setakat ini da 3 orang cadangkan brother..:)

© Crochet Art and Craft 2011-2016